Monday, January 30, 2012

Tugasan 1 - Penilaian blog sekolah

Tugasan adalah untuk membuat penilaian blog sekolah terbaik daripada 5 buah blog sekolah yang dipilih secara rawak di dalam internet. Setiap blog akan dinilai terutamanya dari segi antara muka atau reka bentuk, grafik dan kandungan. Sudah tentunya sebagai blog rasmi sekolah, adalah diharapkan ia akan mencerminkan kematangan atau profesionalisme sesebuah sekolah tersebut. Blog sekolah yang tersusun, sentiasa dikemaskini dan berwajah profesional akan sentiasa dilawati, dilayari dan seterusnya menjadikan ia sebagai satu pusat rujukan (one stop centre) kepada komuniti setempat.

Blog-blog sekolah yang terpilih untuk dinilai adalah seperti berikut :
1. SMK Bandar Baru Bangi - smkbbb2.blogspot.com
2. SMK Sentosa - smksentosakampar.edublogs.org
3. SMK Benut - smkbenut.blogspot.com
4. SK Taman Jasmin - sktamanjasmin.blogspot.com
5. SK Seri Duyong - buletinsksd.blogspot.com

Setelah membuat penilaian,  blog Sekolah Menengah Kebangsaan Sentosa adalah yang terbaik di antara kelima-limanya. Blog tersebut menepati sebagai sebuah blog rasmi sekolah. Paparan atau antaramukanya adalah berbentuk profesional, bukan santai seperti blog peribadi. Susunan menu dan kandungan yang menyenangkan pengguna untuk meneruskan penerokaan kandungan blog. Pemilihan warna adalah tepat dan segar. Pelawat amat mementingkan pemilihan kombinasi warna yang sesuai. Yang terpenting sekali kandungan yang disediakan adalah menepati semua struktur sesebuah sekolah. Maklumat-maklumat yang disediakan adalah amat bersesuaian sebagai satu pusat rujukan kepada komuniti setempat.


No comments:

Post a Comment