Monday, January 30, 2012

Tugasan 2 - Penilaian laman web sekolah

Tugasan adalah untuk membuat penilaian laman web sekolah terbaik daripada 5 buah laman web yang dipilih secara rawak di dalam internet. Setiap laman web akan dinilai terutamanya dari segi antara muka atau reka bentuk, grafik dan kandungan. Sudah tentunya sebagai laman web rasmi sekolah, adalah diharapkan ia akan mencerminkan kematangan atau profesionalisme sesebuah sekolah tersebut. Laman web sekolah yang tersusun, sentiasa dikemaskini dan berwajah profesional akan sentiasa dilawati, dilayari dan seterusnya menjadikan ia sebagai satu pusat rujukan (one stop centre) kepada komuniti setempat.

Laman-laman web sekolah yang terpilih untuk dinilai adalah seperti berikut :
  1. SK Saujana Impian - www.sksaujanaimpian.com
  2. SK Wangsa Jaya - www.skwangsajaya.edu.my/v2/
  3. SRJK Chung Hwa - www.sabah.edu.my/chunghwakk
  4. SK Taman Permata - www.sktamanpermata.com/sekolah_kebangsaan_taman_permata_intan_mukadepan.html
  5. SK Sungai Anib 2 - www.sabah.edu.my/skanib2/
Setelah membuat penilaian,  laman web Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya adalah yang terbaik di antara kelima-limanya. Laman tersebut menepati sebagai sebuah blog rasmi sekolah. Paparan atau antaramukanya adalah profesional menepati kehendak Mampu sebagai sebuah laman web agensi kerajaan.  Susunan menu dan kandungan yang menyenangkan pengguna untuk meneruskan penerokaan kandungan laman web. Pemilihan warna adalah tepat dan segar. Yang terpenting sekali kandungan yang disediakan adalah menepati semua struktur sesebuah sekolah. Maklumat-maklumat yang disediakan adalah amat bersesuaian sebagai satu pusat rujukan kepada komuniti setempat.

No comments:

Post a Comment